PEMBERITAHUAN TARIKH AKHIR PEMBERIAN KUOTA DI BAWAH MEKANISME NET ENERGY METERING (NEM) DAN PENETAPAN TEMPOH 10 TAHUN BAGI PELAKSANAAN OFFSET ONE-TO-ONE
“Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia ingin memaklumkan bahawa pemberian kuota di bawah mekanisme Net Energy Metering (NEM) berdasarkan offset one-to-one akan tamat pada 31 Disember 2020 atau sehingga jumlah kuota 500MW yang diperuntukkan diagihkan sepenuhnya, yang mana terdahulu.
Kerajaan juga melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menetapkan pelaksanaan offset secara one-
Sehubungan dengan itu, pengguna berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang layak dan berminat untuk memohon NEM dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan NEM sebelum tamat tempoh pelaksanaan mekanisme NEM 2.0. Pemohon juga digalakkan untuk mengemukakan permohonan dengan kadar segera bagi memastikan proses semakan dan kelulusan dapat dilaksanakan dengan teratur kerana SEDA Malaysia menjangkakan pertambahan ke atas jumlah permohonan NEM menjelang Disember 2020.”